- Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu
tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua
lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton.
Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau
secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara
individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta
bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.
Memulakan Permainan
(A)Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih
dahulu. Bulu tangkis
atau syilling boleh digunakan dalam undian.
(B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima
servis atau memilih
petak gelanggang.
(C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.
Sistem Pengiraan Mata
(A)Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata
rali the best of three games.
(B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang
memenangi rali.
(D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap
servis dilakukan di
sebelah kanan
gelanggang pemain dan sebaliknya.
(E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan
akan membuat servis
Larangan Untuk Pemain
(A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
(B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis
untuk menukar kelajuan.
(C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi
jaring atau pemain
menyentuh papan iklan.
(D) Tidak berkelakuan kasar.
(E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
Berlaku Batal Sekiranya
(A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket
atau pakaian.
(B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu
pihak lawan.
(C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau
menggunakan isyarat tangan.
Perlawanan Perseorangan
(A)Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis
kanannya. Mata genap di
petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
(B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang
kepada pihak lawan.
(C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan
servis dalam game
berikutnya.
Perlawanan Beregu
(A)Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat
servis dari gelanggang servis kanan.
(B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak
servis dan lawan kekal dalam
petak servis masing-masing.
(C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan
diberikan kepada pihak lawan.
(D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan
penerima servis boleh
berdiri di
mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan
pembuat servis
dan penerima servis.
(E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’
berikutnya.