Total Pageviews

Saturday, 25 March 2017

PENGENALAN

Badminton adalah permainan raket yang dimainkan oleh sama ada secara perseorangan (satu lawan satu) ataupun secara beregu (dua lawan dua).

TEKNIK SERVIS


Servis Rendah

  • Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu.Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.


Servis Tinggi

  • Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.


Kemahiran Gerak Kaki


  • Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan atau ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Undang-Undang Asas
  • Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.


Memulakan Permainan

(A)Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis 
     atau syilling boleh digunakan dalam undian.
(B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih
      petak gelanggang.
(C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.


Sistem Pengiraan Mata

(A)Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three games.
(B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
(D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di
      sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
(E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis

Larangan Untuk Pemain

(A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
(B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.
(C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain 
      menyentuh papan iklan.
(D) Tidak berkelakuan kasar.
(E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

Berlaku Batal Sekiranya

(A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
(B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
(C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.

Perlawanan Perseorangan

(A)Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di 
      petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
(B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
(C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game
      berikutnya.

Perlawanan Beregu

(A)Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
(B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam 
      petak servis masing-masing.
(C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.
(D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh
      berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan
      pembuat servis dan penerima servis.
(E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.


SAIZ GELANGGANG PERMAINAN BADMINTON

Gelanggang badminton boleh digunakan untuk pemain perseorangan dan beregu. Gelanggang badminton seperti gambar punyai jumlah panjang sebanyak 13.4meter dan dibahagikan dua (6.7meter) untuk sebelah gelanggang. Manakala jumlah lebar untuk gelanggang tersebut adalah sepanjang 6.1meter (juga dibahagikan dua ditengah-tengah untuk menandakan gelanggang sebelah kanan dan kiri)

Untuk pemain perseorangan lebar gelanggang yang digunakan hanyalah lebar garisan dalaman (5.18meter), manakala untuk beregu keseluruhan gelanggang digunakan.


Jaring diletakkan ditengah gelanggang dan sekaligus sebagai pembahagi gelanggan tersebut. Jaring(net) diletakkan pada ketinggian pada 1.55meter.


SAIZ GELANGGANG PERMAINAN BADMINTON

      

        Cara permainan
      
      

  •        Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.

•              ~ Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi 
                   jaring dengan raketHanya pemain yang melakukan servis akan 
                   mendapat mata sekiranyanpemain lawan tidak dapat mengembalikan
                   bulu tangkis tersebut.
        
              ~ Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis,
                  pemain tersebut akan kehilangan servisJika dia gagal untuk menerima bulu tangkis 
                  dari pemain lawan yang memegang servispemain tersebut akan kehilangan 
                  mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis 
                  dan pungutan mata. Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain 
                  mendapai mata ke15. Manakala bagi pemain wanitapermainan dimainkan
                  sehingga mata ke-11 sahaja.
            
            ~  Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir 
                 permainanmaka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur
\tie            breaking yang dikenali sebagai setting yang merangkumi pelbagai peraturan
                 yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita
                 serta ia bergantung pada kedudukan pungutan mata yang seri.
.



SEJARAH BADMINTON

           


😊 Di Inggeris sejak zaman pertengahan permainan anak
       anak yang disebut Battledores danShuttlecocks sangat popular.
       Anak anak pada masa itu biasanya akan memakai dayung / tongkat
       (Battledores) dan bersiasat bersama untuk menjaga kok tetap di udara
       dan mencegahnya dari menyentuh tanah.

😊 Olah raga kompetitif bulu tangkis dicipta oleh pegawai Tentera British
       di Pune, India pada abad ke19 apabila mereka menambah jaring dan 
       memainkannya secara bersaingan
       Oleh sebab kota Pune dikenal sebelumnya sebagai Poona, permainan 
       tersebut juga dikenali sebagai Poona pada masa itu.

😊 Olah raga ini menjadi sukan Olimpik Musim Panas di Sukan Olimpik
       Barcelona tahun 1992. Indonesia dan Korea Selatan sama-sama
       memperoleh masing-masing dua pingat emas tahun itu.

BACKHAND SMASH




                                   

PROFILE



                                                      

      NAMA : NUR AKIDAH SAHIRA BINTI AMI
      NO IC : 990918-11-5254
               KURSUS : SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 
               EMAIL : akidahsahira5@gmail.com